Saturday, 28 January 2012

Kalau. . .

Kadang - kadang kita tak sedar barang berat yang kita angkat akan menyebabkan tulang menulang,sendi-senda (heehee) kita akan mengalami tekanan yang hebat. Kita angkat sofa yang berat, kita tak nampak tulang di dalam badan kita buat muka marah dan berkata "kau tak tau ke aku tak mampu nak angkat nie?" hmmm..Cobalah kita dapat mendengar suara-suara sumbang tulang menulang kita, dah tentu kita takkan sedaya upaya nak angkat barang yang berisiko tinggi. 


Semalam (Sabtu) aku ke pusat urut cina tok menemani saudara sebelah bapa yang datangnya dari Kuching untuk berurut. Hati tertanya-tanya apa yang hebatnya pusat urut di Sibu sehingga mereka sanggup ke mari. Hehe. 




Inilah tempatnya yang berdekatan dengan Clinic B.Kong di jalan Tunku Osman..KALAU TAK SILAP!



Apa yang aku tengok semalam, tiada bezanya cara atau skill apek tue dengan orang lain. Sama! Cuma bezanya, aku biasa kalau urut,suruh orang melayu buat. Yang bezanya, tabib tue tak kenakan sebarang bayaran. Kita boleh beri dengan ikhlas seberapa yang kita mahu. Awak boleh tak bayar jugak kalau awak manusia takde perasaan kasihankan orang. :) 


Apapun, Tabib tersebut memang tak kenakan sebarang bayaran. Terpulang kepada kita nak bagi dia berapa. Dia tak pulak massage-massage body semua. Dia akan tanya "Kenapa dengan Cik/Encik?" Kemudian akan sentuh bahagian yang sakit, cari urat lepas tue dia urut sikit. Menurut tabib tue, kalau nak hasil yang memuaskan datanglah 3 hari berturut-turut. 


Sesiapa yang berminat dan sudah lama mencari tempat untuk mengurut, marilah beramai-ramai kita memenuhkan klinik tabib ini. Orang yang lepas strok pun kebanyakkan yang aku tengok memilih untuk berjumpa dengan tabib ni. Jika diizinkan Tuhan segalanya akan baik-baik. :)

INI MUNGKIN TIDAK AKAN TERJADI.PERCAYALAH :)

Saturday, 7 January 2012

Good Nite

Hye all..

Selamat malam.. :)


I juz wanna say...Thank You for watching,reading,and...following me... :)


Memandangkan hari hujan..mata aku pun dah sepet macam apa jaklah. Tired gilak-gilak. Coz lately busy di office buat keja admin. Next week aku ada PMS. Penilaian prestasi. hopefully everything will be lancar selancarnya... :)


wokeyh...Off to bed. Hari ujan-ujan kedak tok bgs gilaklah kita melayan mata. Nak blogging pun sikpat. Idea lom ada. Hehe..












Blog aldeamad ya masih wujud..cuma ada masalah skit.so sorry la kepada geng2 blog. nektok pun tengah try add balit blogger lain. Hope taun tok aku rajinla meng-update :)






Gudnite :)






Noted.

Friday, 6 January 2012

belog lagii

Hai..thanks coz sudi click butang belog ini. Ini adalah belog yang ke-4 saya. HeeHee


Kepada mereka yang biasa stalker untuk mengikuti perkembangan cerita yang saya share dari dulu-dulu..Hamba minta maaf sebab terpaksa melupakan belog yang lama disebabkan ada masalah sedikit dengan hiasan belog tersebut. Heeehee. Saya tengok tak cantek dan tak pandai nak kembali pada yang asal..so i've decided ...just ignore je lah. :)


Rasanya tak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Semoga tahun baru ini membuka lembaran yang lebih bermakna buat kita semua. Insya Allah. Dan saya berdoa kepada Allah s.w.t semoga rezeki saya sentiasa melimpah ruah. Lambat atau cepat, saya terima dengan redha. :)




Perasankah anda...penggunaan ayat saya amat skema ? Saya tidak pasti mengapa dan saya berasa ingin ketawa apabila baca balik ayat-ayat yang sedang saya taip ini. HeeHee. 




Baiklah...saya nak tidur. :) Semoga hari ini dan hari - hari yang seterusnya membawa makna kepada kita semua. Selamat malam


Noted.








p/s : Long Way To Go