Kadang - kadang kita tak sedar barang berat yang kita angkat akan menyebabkan tulang menulang,sendi-senda (heehee) kita akan mengalami tekanan yang hebat. Kita angkat sofa yang berat, kita tak nampak tulang di dalam badan kita buat muka marah dan berkata "kau tak tau ke aku tak mampu nak angkat nie?" hmmm..Cobalah kita dapat mendengar suara-suara sumbang tulang menulang kita, dah tentu kita takkan sedaya upaya nak angkat barang yang berisiko tinggi.
Semalam (Sabtu) aku ke pusat urut cina tok menemani saudara sebelah bapa yang datangnya dari Kuching untuk berurut. Hati tertanya-tanya apa yang hebatnya pusat urut di Sibu sehingga mereka sanggup ke mari. Hehe.
Inilah tempatnya yang berdekatan dengan Clinic B.Kong di jalan Tunku Osman..KALAU TAK SILAP!
Apa yang aku tengok semalam, tiada bezanya cara atau skill apek tue dengan orang lain. Sama! Cuma bezanya, aku biasa kalau urut,suruh orang melayu buat. Yang bezanya, tabib tue tak kenakan sebarang bayaran. Kita boleh beri dengan ikhlas seberapa yang kita mahu. Awak boleh tak bayar jugak kalau awak manusia takde perasaan kasihankan orang. :)
Apapun, Tabib tersebut memang tak kenakan sebarang bayaran. Terpulang kepada kita nak bagi dia berapa. Dia tak pulak massage-massage body semua. Dia akan tanya "Kenapa dengan Cik/Encik?" Kemudian akan sentuh bahagian yang sakit, cari urat lepas tue dia urut sikit. Menurut tabib tue, kalau nak hasil yang memuaskan datanglah 3 hari berturut-turut.
Sesiapa yang berminat dan sudah lama mencari tempat untuk mengurut, marilah beramai-ramai kita memenuhkan klinik tabib ini. Orang yang lepas strok pun kebanyakkan yang aku tengok memilih untuk berjumpa dengan tabib ni. Jika diizinkan Tuhan segalanya akan baik-baik. :)
![]() |
| INI MUNGKIN TIDAK AKAN TERJADI.PERCAYALAH :) |



