Sunday, 11 March 2012

Jalan yang ku pilih

Sebelum aku menaip ni
aku pergi ke dapur dan
menelan sebiji pil khas untuk traveling jauh.
sepatutnya begitulah.
tapi aku makan ubat tu sebab
aku nak melelapkan mata dan
melupakan perasaan yang asyik bermain-main
dijiwa.
siap menari-nari difikiranku.
Masalah.

Manusia mana yang tak diberi cubaan
dan dugaan daripada Tuhan.
Juga tiada manusia yang diciptakan
sempurna seperti Allah s.w.t
Aku toleh jam sudah menunjukkan
tepat waktu 8.53 pm.
Hati ini masih gundah gulana.

Kisah yang berlaku dua tiga
hari yang lepas masih terngiang-ngiang
dibenakku.
Ya Allah..Bantulah Hamba-MU yang lemah ini.
Ya Allah..Tenangkanlah hatiku.
Ya Allah.. Makbulkanlah doaku.
Sesungguhnya KAU tempatku mengadu.
Pendengar yang setia..

Walaupun keputusan itu menggembirakan hati
namun terselit kegusaran dihatiku.
Benarkah ini yang aku mahu?
 Benarkan itu yang si dia mahu?
Aku tak nak dikasihani.
Bukan aku tak bersyukur.
Malah lebih dari bersyukur.

Aku berdoa disetiap sujudku
agar kemesraan itu akan kekal abadi.
Berdoa semoga hubungan itu
sentiasa dijaga dengan baik.
Berdoa semoga jodoh itu akan kekal
buat selamanya.

Ini jalan yang aku pilih.
Aku berharap ini yang terakhir buatku.
Semoga dia menjadi peneman terakhir
yang dicipta untuk ku.

Ya Allah..
Seandainya dia bukan takdirku,
berikanlah aku petunjuk.
Aku tak sanggup melihat
dan menghadapi saat-saat
takkeceriaan dalam hidup dirinya.

Jika bersama aku
dia akan bahagia...
bahagiakan dirinya dan diriku.
Jika menjauh adalah lebih baik..
Jauhkanlah hati kami agar tidak bersatu.

Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin..

Friday, 9 March 2012

Saturday lagii

Salam..

Lately aku bz dengan kerja di ofis dan bz dengan hidup.
Now, aku memang sengaja nak buat diri sendiri sibuk.
Untuk melepaskan dan mengurangkan sedikit
ingatan terhadap seseorang.
Ya..itu silapku.

Minggu depan aku ada audit.
Emm.. kira-kira dalam 3 Hari.
Hari 3 adalah hari untuk menutup dan menilai NC
kalau beta tak silap. :)
On Friday 16 March pulak...
Ada meeting. yes meeting pasal 5S.
kalau unit engineering akulah SU.
So, aku kena kuat untuk hadapi minggu-minggu ini.

Keesokan harinya pulak ..
On 17 March..aku akan ke KUL.
Untuk menghadiri kursus induksi.
Dah tentu itu proses buli membuli
dan aku sudah bersedia menghadapinya.
Walaupun sedar diri tak mampu nak
buat kerja lasak sanga-sangat.
Tapi aku Wajib jugak buat.

Aku harap minggu-minggu ini
dan minggu-minggu seterusnya
boleh buat aku happy dan bahagia..
seperti yang aku mahu.
ya..aku cuba..

sekian..

segalanya bermula dari aku...

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagian di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia Bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah yang tercinta...
Peliharalah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
sesungguhnya engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik untuk hambaMu ini....



Amin..Amin .. Ya Rabbal Alamin