Saturday, 18 February 2012

My Saturday

Hmmmm..Rasa nak marah pun ada. 
Want to know why  I am angry?
Hmmm.. Because Of PANTANG!
Untuk makluman anda , saya sedang berpantang .
Mesti korang fikir aku lepas beranak.HiiHii
No! You are totally wrong!

Minggu lepas aku pergi berubat secara tradisional.
Siapa yang tahu, Tahu. 
Siapa yang tak tahu, Keep your good performance!
Sambung balik citer!
Wokeyh..then, aku di suruh berpantang dan berhati-hati
buat kerja. I will. Insya Allah.

About a week dah aku berpantang ni!
Sangat-sangat sedih! Very  pathetic!
Aku dilarang untuk makan makanan yang bergoreng, dan seafood.
Dugaan besar!
Di rumah memang selalu makan makanan yang bergoreng!
Selalu makan tom yam!
Now, kalau makan luar kena order Bubur.
Kalau bubur takde, curi-curi makan mee hongkong!

Serius! Actually, I can't do those things!
But if i think back, 
I want to heal quickly.
As fast as expected!
i dont want to burden others.
So, i have decided to follow the rules.
If i want to heal faster, be disciplined.
Must be strong and strengthen faith,kan?

So, moralnya : nak tak nak mesti jugak!
hmmmm..

~ ~ ~ ammm..hari ni aku gi delta mall jer!
berjam jugak dalam Popular! 
Sebab nak habiskan voucher 1malaysia adik aku tue!
I just want to remind those who receive the vouchers,
give thanks and acknowledge the efforts of the government.
Zaman anda is very lucky lah sangat!



Saturday, 11 February 2012

SeMua YaNg BerLaku aDaLaH DuGaaN.

Hai...ol..
Lately aku sangat busy. 
Yap..sengaja membusykan diri.
I have no idea ..nak share story pasal apa. 
But I decided nak cerita pasal my life dalam entry starting from today .
Cuz, I think this is part of my life. Sharing is loving.
And aku nak orang tahu aku tak sombong dan Not So Jahat .
Aku insan biasa yang tak lari dari kesengsaraan dan dugaan. :)

Hari ini aku tak buat apa.
Just duduk dirumah. 
Kemas apa yang patut.
Hari ini jugak Mak dan Ayah pasang Astro.
Ya. Sangat terkejut.
And just for ur info, aku jarangjarang
melayan cerita di TV.
Jiran sebelah cakap lepas ni makin tak nampaklah muka aku
keluar dari rumah.(Just for ur info : aku jarang tonjol diri)

Tersenyum memanjang aku didepan tv.
Don't Know Why. It Must Be Crazy..uhh
Actually aku tekantekan remote  but satu pun aku tak berminat.
It must be something  problem dari dalaman hatiku.
Haha

Hari ni jugak..aku mendengar sekali lagi fitnah yang terbaru.
Subhanallah. Aku tak tahu nak cakap apa.
Baik buruk semua dari Allah s.w.t
Kalau ini satu ujian, aku terima dengan redha.
Allah menyayangi keluarga ku dan 
menduga macammacam cabaran untuk
kami tempuhi dengan sabar.

Insan yang disayangi oleh Allah  swt
adalah insan yang disayangi oleh Allah.
I just hoping my mom akan cool and tabah.
Everything happen ada reason yang tersendiri.

Dan aku berdoa semoga pihak yang menyebarkan 
fitnah itu akan memperolehi hidayah.Amin.

Enjoy weekend ya.

Tuesday, 7 February 2012

Ter-Berlagak!

Dulu masa sekolah menengah, Cikgu Kimia aku selalu cakap macam ni "Dahlah bodoh,sombong pulak tue.Kalau dah bodoh, janganlah berlagak!"..Sehingga ke hari ini ayat power tue masih bermain-main difikiran aku ketika aku nak Ter-Berlagak depan orang. Sumpah! Aku tak sombong. Mimik muka jer kot. Haha. Part nak tanya dalam kelas tue ada masalah sikitlah. Bila kelas Cikgu nie je aku tiba-tiba boleh jadi unhappy. Tak ceria lah kunon padahal aku memang sangat skema lah sangat. Cikgu nie garang. Mimik muka dia lebih kurang sama jugak macam aku. MASAM! Kalau senyum tue, ehh betul ke dia senyum?..Akhirnya, aku dapat LULUS untuk subjek tue. Akibat takut nak tanya..yelah..sombongkan. hahaha


Lupakan tue. Now aku nak share cara-cara untuk mengelakkan diri dari tersakit hati dengan orang yang berlagak dan terberlagak atau action je lebih. 


Kalau dia ada dalam Facebook....

  1. Hidden or block wallpost dia kalau dia asyik post benda yang boleh buat awak rasa macam nak cekik dia je! atau....
  2. Remove dari friend list. Cara ni lebih baik daripada tengok post dia yang tah apa-apa. atau....
  3. Kalau dia komen status awak dan komen dia berunsurkan BERLAGAK...better jawab "Oh" jer. 

Kalau dia ada dalam Yahoo Chat..atau apa-apa je.....
  1. Click kat nama dia lepas tue right click..then click stealth settings and lastly click appear permanently offline to dot dot dot... sonang~~ habis cite~~ :P

Kalau terjumpa dia hidup-hidup....
  1. Bagi salam. Pastu layan kejap. Pastu undur diri dan angkat kaki cepat-cepat. Kalau dia tanya nak ke mana "Ko sibok nape?"..eh..Tue macam cari gaduh je kan. ABAIKAN.

Kalau dia cakap besar....
  1. Biarlah dia nak bercerita. Pasang telinga je. Ponat jugak kalau asyik nak mengelak kan? Apa salahnya kalau kita melayan cerita dia sekali-sekala walaupun telinga kita dah nak bernanah akibat tak dapat nak tahan cerita BESAR dia tue.


Lastly, ini hanya satu gurauan. Tapi kalau nak cuba apa salahnya. :) Do or Don't, There's No Try bebeh! 

Sekian!

Sunday, 5 February 2012

Pencinta Hebat

It's MUST be something...err..I mean sesuatu yang agak menarik if i wrote down about love story =) Aku benci menulis tentang cinta because reality tak seperti yang diharapkan. Kita berangan sampai beyond of our reach. Macam mana nak menjadi pencinta yang hebat, macam mana nak menjadi yang terbaik dalam sesebuah hubungan? Sampai rambut berwarna putih akibat terlalu banyak memikirkan bagaimana hendak? Macam mana hendak?

As a human, kita tak dapat nak menjadi seorang pencinta yang terlalu hebat. Setiap manusia diberikan kelebihan dan kekurangan. Di mana kelebihan manusia tak mungkin dapat menangani kelebihan PENCIPTA kita. DIA tetap hebat. Namun, kita sentiasa berusaha untuk menjadi pencinta yang hebat di mata orang yang kita cinta,kita sayang dan kita kasihi. 

Aku sentiasa mengharapkan dalam perhubungan mesti ada beberapa KUNCI yang patut aku kekal dan semaikan dalam hubungan. Korang pun mesti ada gak. =) Tanpa KUNCI itu, hubungan akan sentiasa berantakan dan timbul pula kekeliruan dan menambahkan kepiluan dalam hati. Cehhh~~ 

KEJUJURAN
- Aku melalui banyak coretan percintaan.(oopps..dan bukannya aku playgirl ya.) Daripada pengalaman yang lepas - lepas, aku sentiasa menitikberatkan tentang kejujuran. Walau sesusah manapun sesuatu perkara yang kita nak cakap kepada pasangan kita, kita kena luahkan walaupun ia akan menimbulkan pergaduhan or sebaliknya. Bagi aku, aku kena cerita jugak walaupun susah. Dia kena terima baik buruk kita. Kita pula kena terima dan redha dengan apa sahaja keputusan atau komen dari pasangan kita. Sebelum hubungan berlanjutan dari setahun ke 7 tahun, rahsia atau sesuatu yang disimpan atau malu untuk diluah hendaklah disettlekan. Kalau tak, sampai bila-bila kita seakan-akan menipu kekasih kita, dan akhirnya kita tak selesa. PERPISAHAN akan berlaku. So, berlaku jujurlah.

KEIKHLASAN
- Ikhlas. Ni penting jugak. Takkanlah kita bercinta tak ikhlas kan? Kalau tak ikhlas terima cinta orang, TOLAK. Jangan permainkan hati orang lain demi kepentingan diri kita sendiri. Walaupun kita ikhlas mencintai  si dia, tapi si dia tak mencintai kita dan si dia tak mampu nak memberikan cinta, lepaskan. Tanpa keikhlasan ia boleh membinasakan perasaan kita sendiri. Jangan malu bila cinta ditolak. Bukankah kita mahu pasangan kita ikhlas mencintai dan menerima diri kita? 

Baiklah...2 Perkara diatas adalah KUNCI yang aku pegang selama ini. Aku mahu hubungan yang jujur dan ikhlas. Aku mahu hati yang ikhlas untuk dicintai dan mencintai. Aku mahu kejujuran itu sentiasa ada didalam hati. Aku Mahu walau sepahit manapun kenyataan atau kebenaran yang bakal aku ketahui, aku mahu kejujuran itu sentiasa dimanfaati. Aku tak nak hubungan yang tiada kedua-dua yang tersebut. Harap anda mengerti sebahagian daripada prinsipku. =)