As a human, kita tak dapat nak menjadi seorang pencinta yang terlalu hebat. Setiap manusia diberikan kelebihan dan kekurangan. Di mana kelebihan manusia tak mungkin dapat menangani kelebihan PENCIPTA kita. DIA tetap hebat. Namun, kita sentiasa berusaha untuk menjadi pencinta yang hebat di mata orang yang kita cinta,kita sayang dan kita kasihi.
Aku sentiasa mengharapkan dalam perhubungan mesti ada beberapa KUNCI yang patut aku kekal dan semaikan dalam hubungan. Korang pun mesti ada gak. =) Tanpa KUNCI itu, hubungan akan sentiasa berantakan dan timbul pula kekeliruan dan menambahkan kepiluan dalam hati. Cehhh~~
KEJUJURAN
- Aku melalui banyak coretan percintaan.(oopps..dan bukannya aku playgirl ya.) Daripada pengalaman yang lepas - lepas, aku sentiasa menitikberatkan tentang kejujuran. Walau sesusah manapun sesuatu perkara yang kita nak cakap kepada pasangan kita, kita kena luahkan walaupun ia akan menimbulkan pergaduhan or sebaliknya. Bagi aku, aku kena cerita jugak walaupun susah. Dia kena terima baik buruk kita. Kita pula kena terima dan redha dengan apa sahaja keputusan atau komen dari pasangan kita. Sebelum hubungan berlanjutan dari setahun ke 7 tahun, rahsia atau sesuatu yang disimpan atau malu untuk diluah hendaklah disettlekan. Kalau tak, sampai bila-bila kita seakan-akan menipu kekasih kita, dan akhirnya kita tak selesa. PERPISAHAN akan berlaku. So, berlaku jujurlah.
KEIKHLASAN
- Ikhlas. Ni penting jugak. Takkanlah kita bercinta tak ikhlas kan? Kalau tak ikhlas terima cinta orang, TOLAK. Jangan permainkan hati orang lain demi kepentingan diri kita sendiri. Walaupun kita ikhlas mencintai si dia, tapi si dia tak mencintai kita dan si dia tak mampu nak memberikan cinta, lepaskan. Tanpa keikhlasan ia boleh membinasakan perasaan kita sendiri. Jangan malu bila cinta ditolak. Bukankah kita mahu pasangan kita ikhlas mencintai dan menerima diri kita?
Baiklah...2 Perkara diatas adalah KUNCI yang aku pegang selama ini. Aku mahu hubungan yang jujur dan ikhlas. Aku mahu hati yang ikhlas untuk dicintai dan mencintai. Aku mahu kejujuran itu sentiasa ada didalam hati. Aku Mahu walau sepahit manapun kenyataan atau kebenaran yang bakal aku ketahui, aku mahu kejujuran itu sentiasa dimanfaati. Aku tak nak hubungan yang tiada kedua-dua yang tersebut. Harap anda mengerti sebahagian daripada prinsipku. =)


No comments:
Post a Comment