Sebelum aku menaip ni
aku pergi ke dapur dan
menelan sebiji pil khas untuk traveling jauh.
sepatutnya begitulah.
tapi aku makan ubat tu sebab
aku nak melelapkan mata dan
melupakan perasaan yang asyik bermain-main
dijiwa.
siap menari-nari difikiranku.
Masalah.
Manusia mana yang tak diberi cubaan
dan dugaan daripada Tuhan.
Juga tiada manusia yang diciptakan
sempurna seperti Allah s.w.t
Aku toleh jam sudah menunjukkan
tepat waktu 8.53 pm.
Hati ini masih gundah gulana.
Kisah yang berlaku dua tiga
hari yang lepas masih terngiang-ngiang
dibenakku.
Ya Allah..Bantulah Hamba-MU yang lemah ini.
Ya Allah..Tenangkanlah hatiku.
Ya Allah.. Makbulkanlah doaku.
Sesungguhnya KAU tempatku mengadu.
Pendengar yang setia..
Walaupun keputusan itu menggembirakan hati
namun terselit kegusaran dihatiku.
Benarkah ini yang aku mahu?
Benarkan itu yang si dia mahu?
Aku tak nak dikasihani.
Bukan aku tak bersyukur.
Malah lebih dari bersyukur.
Aku berdoa disetiap sujudku
agar kemesraan itu akan kekal abadi.
Berdoa semoga hubungan itu
sentiasa dijaga dengan baik.
Berdoa semoga jodoh itu akan kekal
buat selamanya.
Ini jalan yang aku pilih.
Aku berharap ini yang terakhir buatku.
Semoga dia menjadi peneman terakhir
yang dicipta untuk ku.
Ya Allah..
Seandainya dia bukan takdirku,
berikanlah aku petunjuk.
Aku tak sanggup melihat
dan menghadapi saat-saat
takkeceriaan dalam hidup dirinya.
Jika bersama aku
dia akan bahagia...
bahagiakan dirinya dan diriku.
Jika menjauh adalah lebih baik..
Jauhkanlah hati kami agar tidak bersatu.
Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment